Sosial Icon Top Menu Sticky Transparent

  • Contact Us On Whatsapp

BOTTOM MENU FLOATING

head

Coway Air Purifier


KEPENTINGAN AIR


Air digunakan dalam kehidupan kita untuk minum,memasak, mencuci dan macam-macam lagi.
Air juga menghindarkan kita dari proses dehidrasi (dehydration) dalam tubuh badan.
Lebih mudah difahami, kita gunakan air untuk terus hidup dan tanpa air, tubuh kita tidak dapat berfungsi dengan baik ataupun kita akan mati.
Jadi gunakan air yang bersih dan berkualiti adalah yang terbaik untuk kita hidup dengan lebih sihat.

► Air bergerak sebagai pelincir dalam tubuh badan.
Seperti minyak enjin kenderaan yang digunakan untuk melancarkan lagi pergerakan kenderaan, air juga seperti itu. Air memudahkan pergerakan tubuh dan tulang kita. Tanpa air yang mencukupi, kita mudah kena sakit-sakit badan dan lenguh-lenguh tulang.

► Air membantu menjaga suhu badan.
Kepanasan suhu di dalam badan adalah tidak menentu. Dengan air, ia dapat menyerap kepanasan suhu badan dan mengeluarkannya dengan peluh dan air kencing untuk menjadikan suhu badan kepada suhu yang normal.

► Air membersihkan tubuh badan dari toxin.
Kekotoran dalam badan kita terjadi setiap kali kita makan dan minum. Untuk membersihkan dalam badan kita, kita perlu minum air yang bersih supaya dapat mencuci segala toxin dan mengeluarkannya dalam bentuk peluh dan membuang air.

► Air membawa nutrisi-nutrisi ke dalam tubuh badan.
Nutrisi dari makanan yang kita makan bergerak ke seluruh badan dengan air. Air membawa nutrisi-nutrisi ini kepada sel-sel dan organ didalam tubuh badan. Air adalah sumber utama yang dapat menghindarkan kita dari penyakit-penyakit.


Air diakui sebagai tenaga kehidupan untuk semua hidupan. Bayangkan sebuah dunia tanpa air.
Tidak dapat dibayangkan kerana tanpa air tidak akan ada kita.
Tidak ada yang boleh menggantikan air yang digunakan untuk minum, mandi dan lain-lain.
Bercakap tentang air, adakah anda tahu ia terdapat sekurang-kurangnya empat bentuk utama air? Air ini adalah:

- Air Paip
- Air Suling dan Reverse Osmosis (R.O)
- Air Botol (Termasuk Air Mineral)
- Air Alkali

► Air Paip
Air yang digunakan oleh semua orang dan telah berkhidmat untuk kita selama beberapa abad. Ia telah dianggap sebagai sumber air yang utama di dalam dunia. Walau bagaimanapun, bergantung kepada bekalan air tempatan, air paip juga berbahaya kepada kesihatan kita disebabkan tahap klorin, bahan pencemar dan bahan-bahan kimia lain.

► Air Suling dan Air Reverse Osmosis (R.O)
Perbezaan antara air ini dan air paip ialah air ini ditapis melalui rawatan khas bertujuan untuk mengeluarkan segala jenis kekotoran dan bakteria yang air paip ada. Air yang dalam bentuk bersih seperti ini bukanlah jenis air yang sihat dan ia juga dikategorikan dalam jenis air berasid. Cara penapisan air ini juga telah menghapuskan semua zat-zat air untuk menjaga kebersihan air. Sesetengah produk-produk penapis air ini, ia tidak mampu menapis semua jenis bahan kimia yang ada dalam air paip seperti pesticides, herbicides dan klorin kerana molekul bahan kimia ini sangat kecil dan boleh melepasi penapis air itu.

► Air Botol ( Termasuk Air Mineral)
Kemudahan air botol dan kepercayaan bahawa ia lebih bersih dari air paip selalunya disalah faham. Kebanyakan punca-punca air botol adalah air paip yang ditapis oleh reverse osmosis (R.O) kemudian dirawat dengan tambahan mineral tertentu untuk mengubah rasa atau untuk menunjukkan ia lebih memberi kesihatan. Tambahan mineral itu tidak memberi bukti yang kukuh untuk kebaikan kesihatan. Kebanyakan air ini mempunyai sifat asid dan sesetengahnya adalah sangat tercemar oleh bakteria dan kuman.

► Air Alkali
Ini adalah air paip yang melalui proses elektrolisis dimana ia akan memisahkan ion air sama ada positif dan negatif. Kajian mengenai kebaikan air ini telah dijalankan di Negara Jepun. Ia mempunyai ciri-ciri anti-oksidan yang boleh melambatkan proses penuaan dan mencegah penyakit. Molekul air ini juga lebih kecil dan mudah untuk diserap ke dalam sel-sel badan. Walaupun terdapat ramai pengeluar yang berbeza, ia mempunyai perbezaan yang sangat besar dari segi kualiti dan potensi air alkali yang dihasilkan.


Tidak mungkin air paip yang kita minum selama ini merbahaya. Lagipun, air ini telah melalui beberapa peringkat rawatan dan tidak mungkin kerajaan akan membenarkan air yang tercemar masuk ke dalam rumah kita, betul?

Apa yang benar adalah air paip ini merupakan salah satu ancaman kesihatan yang paling merbahaya. Setiap tahun penyakit kanser, asma, dan masalah pembelajaran semakin meningkat kerana berkait rapat dengan punca air yang tercemar. Walaupun air paip ini telah melalui pelbagai rawatan sebelum sampai ke rumah kita, ia masih tercemar.

Ramai orang mungkin mengatakan bahawa bahayanya air paip ini hanya taktik untuk menakutkan orang ramai untuk meningkatkan keuntungan syarikat-syarikat yang menjual produk-produk air. Namun, peningkatan besar dalam kanser dan penyakit-penyakit lain adalah berpuncanya dari kualiti air yang diminum.terdapat sekurang-kurangnya empat bentuk utama air? Air ini adalah:

Berikut adalah senarai ringkas bahan yang tercemar yang berkemungkinan berada didalam paip air kita:

► Klorin
Kemungkinan ini salah satu racun yang paling berbahaya yang berada di dalam bekalan air minuman kita. Penggunaan klorin ini adalah untuk membunuh bakteria dan mikro-organisma yang lain untuk membersihkan air tersebut. Tetapi dalam masa yang sama, ia merupakan toksik dan beracun kepada badan kita. Klorin di dalam minuman dan makanan merupakan punca utama penyakit kanser, pundi kencing, asma dan kanser payudara.

► Plumbum
Plumbum masuk ke dalam air paip kerana hakisan di dalam sistem paip rumah itu. Oleh kerana pencemaran plumbum ini berlaku selepas melalui rawatan air, jadi tidak ada cara untuk pihak berkuasa mengawal pencemaran itu. Plumbum sangat bahaya terutamanya untuk kanak-kanak dan ibu yang mengandung. Plumbum boleh menyebabkan otak yang kurang cerdas dan boleh menganggu proses pembelajaran seseorang.

► Giardia dan Cryptosporidium
Giardia dan Cryptosporidium ini adalah sejenis parasit mikroskopik yang boleh di dapati di dalam air paip. Ia merupakan protozoa yang tahan lasak dan tidak boleh dihapuskan oleh klorin. Giardia menyebabkan penyakit usus yang dipanggil Giardiasis dan Cryptosporidium bertanggung jawab dalam penyakit yang dipanggil Cryptosporidiosis. Parasit ini boleh menyebabkan penyakit gastrousus yang merupakan pendarahan di dalam perut, usus kecil, ataupun kolon.


Air paip boleh mengandungi pelbagai bahan-bahan yang tercemar dari beberapa sumber. Sebahagian daripada bahan tercemar ini mempunyai kesan buruk ke atas rupa, bau dan rasa air minuman itu yang berbahaya kepada kesihatan kita.

Memasak air dari paip tidaklah membersihkan air itu dan tidak juga memberi kesihatan yang baik pada kita. Ia hanya untuk membunuh bakteria yang terkandung di dalam air paip itu sahaja. Tetapi, bahan-bahan pencemar yang lain seperti kotoran, bahan kimia, karat, plumbum dan lain-lain masih ada bersama-sama dengan bakteria yang telah mati.

Pencemaran alam semula jadi dari hakisan tanah dan hujan boleh mencemarkan air paip kita. Selain itu, habuk, asap dan racun dari kemudahan industri, racun daripada pertanian, dan juga sisa haiwan boleh mencemarkan air minuman kita. Contoh bahan pencemar yang mungkin berada di dalam air paip adalah,

► Racun serangga dan Racun Tumbuhan
Pencemaran daripada kilang-kilang dan penggunaan daripada pertanian yang mampu memasuki bekalan air bawah tanah kita dengan mudah.

► Baja dan Nitrat
Ianya daripada baja tanaman dan juga sisa-sisa haiwan. Nitrat ini amat berbahaya terutamanya untuk kanak-kanak di bawah usia tiga bulan.


Bahan yang ditambah oleh pihak berkuasa air untuk merawat bekalan air kita adalah,

► Klorin
Klorin digunakan sebagai pembasmi kuman untuk menghapuskan bakteria dan mikro-organisma berbahaya yang lain.

► Fluorida
Bahan kimia yang ditambah untuk melindungi daripada kerosakan gigi.

► Aluminium
Aluminium ini ditambah untuk membuat air kelihatan lebih jelas.


Bahan Pencemar Dari Paip,

Air bergerak dari loji rawatan air ke rumah kita melalui rangkaian paip, termasuk di rumah kita sendiri. Sebahagian daripada paip ini mungkin telah digunakan selama lebih 50tahun. Jadi paip ini boleh mengandungi pelbagai bahan tercemar yang boleh memasuki bekalan air kita. Antaranya ialah,

► Kotoran, karat, pasir, lumpur, lumut, dan juga lendir-lendir
Bahan tercemar ini membina selama beberapa tahun dan boleh menyebabkan air yang kotor atau lebih teruk lagi. Ia akan menjadi lebih ketara apabila paip air pecah atau digunakan untuk pembaikan dan penyelenggaraan.

► Tembaga dan Plumbum
Akibat daripada paip air yang lama berkarat, paip ini terhakis dan berlaku pencemaran air yang memasuki ke dalam rumah kita. Pencemaran ini telah dikenal pasti sebagai amat berbahaya kepada kesihatan.

► Parasit Tahan Klorin
Terdapat beberapa protozoa yang tidak mampu dibunuh oleh klorin. Ianya adalah Giardia dan Cryptosporidium yang boleh menyebabkan berlakunya pendarahan di perut jika berada di dalam badan kita.


Mana satu yang anda minum? Kebanyakan orang minum kedua-duanya. Ketika keluar berjalan-jalan atau pergi ke tempat kerja, mereka lebih suka membeli air botol. Apabila berada di rumah, kebanyakannya menggunakan air paip untuk mendapatkan segelas air yang bersih. Walau bagaimanapun, tidak satu pilihan ini mungkin menjadi penyelesaian yang baik, bergantung kepada jika anda menggunakan sistem penulenan air atau tidak. Tetapi jika anda percaya bahawa air botol lebih sihat untuk anda, anda mungkin tersalah kerana air botol juga boleh tercemar.

Adakah anda tahu kandungan di dalam air botol? Tiada siapa yang harus percaya bahawa air botol dikawal dengan baik atau lebih baik untuk diminum daripada air paip. Sudah tentu ia bergantung kepada jenis air yang anda membeli dan kualiti air minuman itu.

Sesetengah orang minum air botol yang dilabelkan sebagai “Spring Water” dan menganggap air itu datangnya daripada sumber yang asli. Kebanyakan syarikat membuat air botol hanya dengan menggunakan air paip dan ada diantaranya menggunakan air Reverse Osmosis (R.O).

Anda mungkin tertanya-tanya mengapa perlu membeli air botol sedangkan ia bukanlah air yang baik untuk kesihatan dan harganya juga lebih mahal berbanding air paip. Hakikatnya, air paip juga bukanlah pilihan yang baik untuk anda. Air ini dirawat dan mungkin mempunyai bahan-bahan kimia dari kilang pembuatan, toksin daripada ubat-ubatan yang dibuang, pencemaran sisa-sisa air, dan bahan-bahan kimia yang ditambah kepadanya seperti klorin yang boleh menghasilkan toksinnya sendiri.

Kesimpulannya, kedua-dua jenis air ini bukanlah pilihan yang baik. Malah ia lebih memudaratkan kesihatan. Jadi cara yang terbaik adalah mencari satu sistem yang dapat menukarkan air kepada air alkali yang bersih dan dapat menghasilkan air yang berkualiti.


promotion

video - Coway Products

☟ Coway Products

video - water purifier RO

☟ Coway water purifier RO

video - water purifier systems

☟ Coway water purifier systems

ads

sharing






award

PERKONGSIAN ILMU AMALAN MULIA

PERKONGSIAN ILMU AMALAN MULIA